Wednesday, July 2, 2014

AIR PENAWAR PENYAKIT

Air bukan sekadar penghilang dahaga, malah jika dimanfaatkan ia boleh menyihatkan tubuh dan memberi kesan positif kepada kesihatan. Air minuman terbaik ialah air alkali kerana ia mengandungi kandungan mineral beralkali seperti kalsium, magnesium dan kalium. Ia membantu menyeimbangkan paras keasidan dan kealkalian tubuh.


Kebanyakan makanan yang kita ambil mengandungi kandungan asid, begitu juga dengan minuman berkarbonat yang boleh merendahkan nilai pH dalam tubuh.

Walaupun tubuh memerlukan asid contohnya dalam sistem pencernaan, kandungan asid yang berlebihan boleh mendatangkan penyakit.Virus dan agen jangkitan lain tidak boleh hidup di dalam persekitaran alkali.

Justeru, air beralkali boleh menstabilkan paras pH badan supaya tidak terlalu berasid. Air beralkali adalah larutan yang sesuai untuk mencuci dan mengeluarkan toksin daripada sistem perkumuhan seperti air kencing dan peluh.

Ia lebih sesuai berbanding air paip atau air yang dimasak kerana ia mudah diserap di dalam sel tubuh dan membantu menyingkirkan toksin dalam badan.

Molekul air beralkali adalah dalam bentuk kelompok yang lebih kecil berbanding molekul air biasa. Ini membolehkan ia diserap dalam tisu badan dengan mudah. Proses itu dinamakan penghidrasi. Ia penting untuk memastikan tubuh badan sentiasa mengandungi air mencukupi.

Jika badan kekurangan air, sel badan tidak dapat menjalankan proses osmosis dengan berkesan. Dengan meminum air beralkali, anda akan mendapatkan keperluan air yang mencukupi, bukan sahaja untuk menghilangkan dahaga malah memberikan kesihatan yang optimum.

Bukan itu sahaja, air alkali juga mengandungi lebihan elektron yang membolehkan ia bertindak sebagai agen antioksidan yang terbaik untuk proses menghasilkan tisu badand dan membawa sel darah merah ke seluruh tubuh.

 Kesimpulannya, air beralkali mampu memberi banyak manfaat kepada kesihatan tubuh dan membantu merawat pelbagai masalah kesihatan kronik.















No comments:

Post a Comment