Wednesday, June 4, 2014

TIPS MUDAH UNTUK HAMIL

Diana yakin pasti masih ramai anda dekat luar sana yang masih berusaha untuk mendapatkan cahay mata kan?? Anda juga mungkin dah cuba pelbagai usaha untuk dapatkan anak tapi belum berhasil.

Sebelum membuat apa-apa tindakan dan usaha sebagai cara untuk mudah hamil, perkara yang perlu dibuat ialah mengetahui serta faham mengenai ta’rif dan konsep asas kehamilan itu sendiri.





Oleh itu, apakah dia konsep-konsep asas yang perlu diketahui mengenai proses kehamilan dalam usaha mencari cara mudah hamil ?


1. Wanita mengeluarkan telur dari salah satu ovarinya (proses yang dipanggil proses ovulasi )
2. Telur melalui saluran fallopian dan terus menuju ke uterus ( rahim )
3. Benih lelaki (sperma) perlu bergabung dengan telur di dalam perjalanan untuk menuju ke rahim
4. Telur yang disenyawakan perlu melekat pada dinding rahim
5. Sebarang masalah yang menggangu salah satu langkah telah dinyatakan tadi dianggap penyebab ketidaksuburan yang menggagalkan usaha untuk mudah hamil .

Fakta penting

1. Lebih kurang 1/3 kes ketidaksuburan adalah berkaitan wanita.
2. 1/3 disebabkan oleh lelaki
3. 1/3 lagi faktor ketidak suburan merupakan campuran faktor – faktor lain yang dikenalpasti.

Penyebab utama kepada masalah susah hamil atau ketidaksuburan:

1. Masalah ovulasi adalah merupakan antara penyebab kepada ketidaksuburan wanita disebabkan tiada telur yang akan disenyawakan
2. Tanda – tanda wanita yang memepunyai masalah tidak berovulasi secara normal adalah termasuk haid yang tidak tetap atau tidak datang haid
3. Masalah saluran falopio yang terhalang dengan penyakit radang pelvik dan endometriosis
4. Masalah dengan rahim seperti masalah fibroid atau cyst

Penyebab-penyebab lain ketidaksuburan atau masalah untuk hamil :

1. Umur
2. Stress
3. Pemakanan seharian yang tidak elok
4. Latihan olahraga/sukan yang melampau
5. Terlebih berat badan atau terlalu kurang berat badan
6. Merokok
7. Ketagihan alkohol
8. Penyakit kelamin
9. Masalah kesihatan yang disebabkan hormon



Tips untuk cepat hamil

1) Rancang waktu untuk ‘bersama’ pasangan

Cara cepat hamil yang terpenting adalah dengan merancang waktu untuk ‘bersama’ dengan pasangan. Sperma mampu hidup untuk masa maksimum 5 hari dalam rahim. Oleh itu itu bagi meningkatkan peluang berlakunya kehamilan, lakukanlah hubungan dua hari sebelum masa untuk ovulasi atau keluarnya sel telur sebagai cara cepat hamil.

Bagi mengetahui bilakah terjadinya ovulasi, terdapat beberapa cara yang  boleh digunakan:
- kalender
- keadaan suhu tubuh badan
- kepekatan lendir serviks
- alat penguji masa subur (boleh dibeli di farmasi terdekat)

2) Berhenti Merokok dan Minuman Beralkohol

Mengikut kajian yang telah dikeluarkan oleh konferensi ESHRE (Human Reproduction & Embryology) di Barcelona, minuman beralkohol boleh menurunkan tahap kemampuan wanita untuk mudah hamil secara normal sebanyak 44%, dan 28% untuk wanita perokok. Malah merokok bukan hanya akan memberi kesan kepada tahap kesuburan saja, malah dapat meningkatkan risiko masalah kepada bayi yang akan lahir.

Oleh itu untuk cara cepat hamil , silalah tinggal perkara yang tidak bermanafaat di atas.

3) Ambil Vitamin

Sebagai cara cepat hamil , pengambilan vitamin ataupun makanan yang mengandungi zat-zat yang diperlukan untuk kesuburan sangatlah penting untuk Anda dan pasangan.

Vitamin C, salah satu fungsinya, dapat meningkatkan kualiti sperma.
Vitamin E dapat meningkatkan kesuburan suami isteri.

Dan wanita yang mengambil asid folat biasanya memiliki tahap kebarangkalian hamil yang lebih baik dibandingkan dengan mereka yang tidak mengambilnya. Asid folat juga mempunyai peranan penting untuk bayi dalam kandungan.

Anda juga boleh mencuba Set Kesuburan Shaklee kerana sudah ramai yang berhasil setelah mengamalkannya. Hubungi saya untuk konsultasi percuma dan cara untuk mengamalkan Set Kesuburan Shaklee.

No comments:

Post a Comment