Thursday, June 19, 2014

PENTINGNYA MENJAGA KEBERSIHAN MISS VAGINA

Mungkin ramai yang tidak ambil berat tentang kebersihan Miss Vagina atau lebih dikenali sebagai Miss V. Namun kita sebagai seorang wanita seharusnya mempunyai kesedaran tentang kebersihan Miss V. Apalah gunanya muka cantik berseri namun miss V yang tersimpan rapi berkerak kan??

Meskipun organ ini selalu terlindung, namun bukan bereti anda boleh mengendahkannya daripada pandangan. Demi memastikan kesihatan organ ini terpelihara, penjagaan dan perhatian khusus perlu dititikberatkan. Panduan berikut boleh dipraktikkan agar organ intim anda ini selalu bersih dan segar.

`

 Pastikan anda membasuh bahagian intim dengan menggunakan air bersih selepas membuang air kecil atau pun besar. Keringkan organ tersebut dengan cara menyapu kawasan terlibat dengan tisu lembut dan tidak beraroma.

Pergerakan aktif anda kadangkala membuatkan bahagian intim ini mudah lembap. Sebaiknya tukar seluar dalam sekurang-kurangnya dua kali sehari. Ingat, organ dan daerah sekitarnya merupakan bahagian yang sangat sensitif dan lembap serta mudah dijangkiti bakteria. Pilih seluar dalam dari bahan berasaskan kapas yang boleh menyerap peluh.



Berhati-hatilah ketika ingin membuang air di tandas awam. Pilih tandas yang bersih dan mempunyai air sekiranya anda terpaksa membuang air. Bakteria yang terdapat di tandas yang kotor mudah menjangkiti tubuh anda. Justeru, pastikan anda membasuh organ intim dengan bersih dan keringkannya dengan tisu.

Tukar tuala wanita anda sekurang-kurangnya 4 hungga 6 kali sehari. Jika darah haid masih banyak, tukarkan tuala wanita anda setiap 2 jam. Kuman dikatakan mudah menjangkiti bahagian intim anda saat sedang mengalami proses menstrual.



Material yang digunakan dalam tuala wanita juga perlu diberi perhatian agar tidak menjejaskan kesihatan organ intim anda. Seeloknya, pilih tuala wanita yang diperbuat daripada bahan yang lembut agar tidak menimbulkan kegatalan. 

Sangat penting untuk anda dan saya juga untuk menjaga kebersihan Miss V kerana ia berhubung rapat dengan pangkal erahim. Sekiranya tidak dijaga dengan rapi, kita berisiko untuk mendapat kanser pangkal rahim dan macam-macam lagi. Saya sendiri sudah amalkan Alfalfa Complex untuk menjaga kesihatan dalaman dan miss V saya.

No comments:

Post a Comment