Friday, June 13, 2014

PANTANG LARANG PESAKIT BUASIR

Buasir?? Mungkin ada anda yang kat luar sana mengalami masalah buasir dan masih belum menemui jalan untuk menyembuhkannya. Untuk entri kali ini, Diana ingin kongsikan pantang larang kepada pesakit buasir.
Seperti yang kita sedia maklum, buasir berlaku di bahagian dubur. Mungkin menyebabkan rasa yang sangat sakit apabila ingin membuang air besar. Jom ketahui pantang larang bagi orang yang sakit buasir.




Di antara perkara yang perlu dititikberatkan oleh pesakit buasir adalah mengenai pantang larang untuk mempercepatkan proses penyembuhan dan juga untuk mengelakkan penyakit buasir datang kembali selepas sembuh.

Biasanya bila sebut pantang larang, ia adalah perkara yang dilarang untuk dilakukan. Tapi kat sini saya letak juga beberapa pengamalan baik yang boleh diamalkan. Antara pengamalan pantang larang yang boleh diikuti ialah :

* Amalkan memakan sayur kangkung pada setiap hari, jika ada kesan sampingan kangkung pada angin badan, masukkan halia dan bawang putih ke dalam masakan kangkung.
* Banyakkan memakan buah-buahan dan sayuran yang mempunyai kandungan serat yang tinggi supaya melembutkan najis.

Untuk buah-buah, boleh refer blog post dibawah untuk senarai buah-buahan yang sesuai:

http://shukrizakaria.blogspot.com/2012/09/makanan-yang-baik-untuk-pesakit-buasir.html

* Kurangkan memakan makanan yang pedas.
* Elakkan dari melakukan aktiviti seperti mengangkat beban yang terlampau berat, atau senaman yang memberi tekanan pada bahagian abdomen (aktiviti seumpama ini menyebabkan kita berada dalam keadaan meneran dan ini tidak bagus bagi pesakit buasir).
* Elakkan buang air kecil atau besar secara mencangkung. Gunakan tandas duduk
* Hentikan merokok
* Nenas,keladi,kacang(tidak pasti semua jenis kekacang or yg tertentu sahaja)
Elak minum teh,kopi atau alkohol

Anda juga mungkin boleh mencuba Set Buasir Shaklee yang terdiri daripada Zinc Complex, Ostematrix dan Omega Guard. Semoga dengan perkongsian ini, anda yang mengalami masalah buasir boleh tahu serba sedikit pantang larang bagi pesakit buasir.

No comments:

Post a Comment