Monday, June 9, 2014

KULAT PUNCA KELEMUMUR

Anda menghadapi masalah kelemumur? Jangan risau dan bimbang kerana memikirkan kemungkinan anda tidak cukup teliti menjaga kebersihan diri. Ini kerana orang yang teliti menjaga kebersihan juga mempunyai masalah kelemumur. Sebenarnya kelemumur tidak banyak bersangkut paut tentang soal kesihatan.



Mitos Tentang Kelemumur

◆ Kelemumur berjangkit melalui sikat dan bantal.
◆ Tidak teliti menjaga kebersihan kulit kepala dan rambut.
◆ Pemakanan yang buruk menyebabkan kelemumur.
◆ Tekanan, kebimbangan dan ketenangan menyebabkan kelemumur.
◆ Cuaca panas dan lembab menyebabkan kelemumur.

Punca Utama Kelemumur

Tahukah anda punca utama masalah kelemumur adalah disebabkan oleh sejenis kulat. Kulat ini sentiasa ada di permukaan kulit kepala kita dan ia tidaklah membahayakan kesihatan anda.



Kehadiran kulat yang terlalu banyak iaitu di antara 10 hingga 20 kali lebih daripada keadaan normal menyebabkan terjadi inflamasi pada akar rambut sehingga menjadi kelemumur.

Sebenarnya faktor-faktor di atas bukanlah penyebab terjadinya kelemumur.  Ia mungkin hanya faktor-faktor yang menggalakkan pertumbuhan kelemumur dengan cepat di kulit kepala. Kini terdapat banyak produk-produk yang berkesan untuk mengurang dan menghilangkan kelemumur.

Ubat yang paling berkesan ialah ubat yang mengandungi anti-kulat atau yang mengandungi bahan aktif ketoconazole. Ubat atau syampu ini tidak perlu digunakan setiap hari. Memadai digunakan dua kali seminggu sehingga kulit kepala anda bersih dari kelemumur.

Jauhi Jangkitan Kulat

Anda mungkin pernah mendapati terdapat beberapa tompokan merah atau putih pada kulit anda. Awas, kerana anda berkemungkinan menghidapi jangkitan kulat. Kenali beberapa jenis jangkitan kulat.

Terdapat tiga jenis jangkitan kulat pada kulit badan manusia iaitu jangkitan kurap, kurap air dan panau. Jangkitan kurap kelihatan seperti tompokan-tompokan merah pada kulit dan sering didapati pada bahagian paha atau bahagian badan yang lain. Kurap air pula merupakan keadaan jangkitan kulit pada celahan jari kaki yang lembap. Biasanya kurap air kelihatan seperti tompokan berwarna putih dan gatal.

Panau pula merupakan jangkitan kulat pada permukaan kuliy yang berlaku pada orang dewasa dan kanak-kanak. Ia kelihatan seperti tompokan putih yang bersisik dan sering didapati di kawasan leher, bahu, lengan dan kaki.

Semoga dengan perkongsian ini anda semua dapat tahu serba sedikit tentang punca kelemumur di kepala anda. Bersamalah kita mengurangkan kelemumur supaya kita dapat hidup selesa.
















No comments:

Post a Comment