Thursday, June 5, 2014

KENCING MANIS SEMASA MENGANDUNG MEMBAHAYAKAN IBU DAN ANAK

Sedarkah anda dekat luar sana yang kencing manis semasa mengandung akan memberi risiko kepada ibu dan anak di dalam kandungan? Untuk entri kali ini Diana ingin berkongsi dengan anda tentang Diabetes Gestasi iaitu kencing manis semasa mengandung.



Apakah itu diabetis gestasi?

Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetis gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetis) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. Dua hingga 14 peratus ibu hamil diserang penyakit ini.


Diabetes akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.

Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah anda dan akan menimbulkan diabetis gestasi.

Diabetis gestasi selalunya akan teresolusi dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetis lain yang merupakan penyakit seumur hidup.


Apakah langkah yang perlu diambil sekiranya menghidapi kencing manis semasa hamil?

Ujian yang disarankan kini untuk diagnosis diabetis gestasi adalah ujian toleransi glukosa oral (OGTT). Jika anda berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi mendapat diabetis gestasi, anda akan diberikan ujian ini antara minggu ke-24 dan minggu ke-28 kehamilan.

Doktor anda akan membuat ujian urin untuk kandungan gula pada setiap temu janji antenatal anda. Jika terdapat gula dalam urin anda, ini mungkin tanda diabetis gestasi, walaupun cara ini bukan lagi yang terbaik untuk mengesan penyakit ini.




Selalunya, diabetis gestasi tidak memperlihatkan sebarang simptom, tetapi anda akan mengalami perkara berikut:

* keletihan;
* dahaga yang terlampau;
* membuang air kecil dengan banyak;
* penglihatan kabur.

Jika anda mempunyai sebarang simptom-simptom berikut, berbincanglah dengan doktor anda.

Siapakah yang berisiko untuk mempunyai diabetes gestasi?

Anda dikatakan berada dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mempunyai diabetis gestasi jika:

* Indeks jisim badan (BMI) anda lebih daripada 30;
* dahulu anda telah melahirkan bayi yang besar dengan berat sebanyak 4kg atau lebih;
* anda menghidapi diabetis gestasi sebelum ini;
* keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis (ibu atau bapa, datuk atau adik-beradik mempunyai kencing manis);
* keluarga anda dari nenek moyang lagi mempunyai sejarah kencing manis yang tinggi,

Jadi kepada anda yang dekat luar sana,yang mungkin menghidapi masalah ini anda harus mengamalkan diet yang seimbang. Anda juga boleh cuba inisiatif lain untuk mengubati masalah ini seperti mengamalkan suplemen Shaklee bagi pesakit diabetes iaitu ESPVitamin C dan Vivix.

No comments:

Post a Comment