Saturday, June 21, 2014

FAHAMI SINDROM ANAK KEDUA

Menurut pakar psikologi Austria, Alfred Adler, sesetengah karakter anak itu bergantung pada turutan kelahirannya misalnya sama ada dia anak pertama atau anak kedua dalam keluarga.

Karakter-karakter anak ini semakin ketara apabila mereka adalah anak kedua atau anak tengah antara adik-beradiknya. Ia dipanggil sindrom anak kedua atau anak tengah yang menunjukkan anak itu mengalami impak psikologi yang tidak terang.

Mengapa mereka memiliki karakter atau 'sindrom' ini walaupun mereka normal dari segi mental dan fizikal?

 Kebiasaannya dengan anak pertama, ibu bapa berasa semua pengalaman baru mempunyai cahaya mata buat kali pertama, secara semulajadi mereka bersemangat merakamkan setiap detik, meraikan setiap kemajuan dan pencapaian anak dan mencipta kenangan manis yang tersemat di fikiran.

 Jadi apabila hadir anak kedua pula, pengalaman mendapat cahaya mata bukan lagi sesuatu yang baru kerana semuanya sudah dilalui dan dirasai.

 Mungkin seorang ibu tidak lagi perasan apabila anak keduanya sudah tumbuh gigi berbanding mengira setiap gigi anak pertama.

Seorang ayah mungkin tidak terlalu teruja melihat anak keduanya berjalan buat kali pertama berbanding anak sulung pertama kali menapak. Perkara ini mungkin berlanjutan sehingga anak-anak ini dewasa.

Tanpa disedari ibu bapa, mereka sebenarnya membuatkan anak kedua atau anak tengah ini berasa kurang diberi perhatian atau menerima layanan sama berbanding abang atau kakak sulungnya mahupun adik bongsunya.

Petanda Sindrom Anak Kedua

Disebabkan ibu bapa gagal memberi perhatian yang sama, tanpa disedari anak kedua cenderung untuk membuat perangai bagi mengalihkan perhatian kepada mereka.

Mereka juga tidak suka apabila dibandingkan dengan anak pertama dalam segala hal. Anak kedua seakan-akan tidak kisah mengenai kekurangan perhatian daripada ibu bapa kerana seperti sudah biasa. Namun, menerusi tindak balasnya secara memerli atau reaksi negatif kepada ibu bapa, sebenarnya jauh di sudut hati mereka inginkan ibu bapa lebih mengambil tahu mengenai diri mereka.

Anak kedua cenderung tidak hairan dengan hubungan kekeluargaan dan kelihatan seperti terlalu berdikari kerana terniasa sejak kecil berbanding saudara mereka yang lebih tua.

Namun, bukan semua anak kedua mempunyai ciri-ciri berikut dan ibu bapa perlu lebih bijak memahami karakter anak.

Antara Kemungkinan Sifat Anak Kedua

◆ Berdikari
 ◆ Diplomatik
 ◆ Agresif
 ◆ Suka bersaing
 ◆ Suka keseronokan
 ◆ Suka berkawan
 ◆ Boleh dipercayai
 ◆ Boleh diharap
 ◆ Suka memberontak
 ◆ Kurang sabar


















































No comments:

Post a Comment