Sunday, May 18, 2014

TIPS MILIKI BERAT BADAN IDEAL

Memiliki berat badan ideal adalah idaman bagi setiap insan, sama ada lelaki atau wanita. Namun yang sering kita temui dalam masyarakat sekarang bahawa wanita lebih banyak risaukan berat badannya berbanding lelaki.



Hal ini dipersetujui bahawa wanita lebih mengutamakan kesempurnaan dalam berpenampilan. Menurut
wanita, penampilan mereka akan sempurna apabila memiliki badan yang ideal atau langsing. Ini juga dipersetujui kerana lelaki lebih menyukai wanita yang memiliki penampilan yang indah atau dengan berat badan yang ideal daripada wanita kurus atau bahkan gemuk.

Melihat realiti yang ada, maka sebaiknya anda perlu menjaga agar berat badan tetap ideal. Bagaimana caranya? Berikut tips yang dapat anda lakukan untuk menjaga berat badan anda agar tetap ideal.


Ambil makanan mengikut keperluan. Apa yang dimaksud keperluan? Ertinya adalah bahawa anda harus mengambil makanan sesuai dengan keperluan anda. Perlu diketahui bahawa keperluan setiap orang berbeza dari orang lain.Keperluan berbeza disebabkan pelbagai hal misalnya jantina, umur dan aktiviti sehariannya.
 
Banyak mengambil buah dan sayur. Buah dan sayur mengandung banyak vitamin dan mineral yang mampu membantu pengolahan zat gizi makro seperti karbohidrat, protein dan lemak yang dicerna oleh tubuh. Vitamin dan mineral juga dapat kontrol aktivias tubuh sehingga sangat baik diamalkan. Bagi anak-anak, usahakan agar mereka memiliki nafsu makan yang tinggi terhadap buah dan sayur. Hal ini berkaitan dengan pertumbuhan dan perkembangan fizikalnya untuk menjaga berat badan mereka saat dewasa nanti selalu stabil.
 


Rajin beriadah. Beriadah atau jogging juga terbukti dapat menjaga berat badan anda. Bagi orang yang memiliki nafsu makan yang tinggi dan menyebabkan mereka makan dengan portion yang banyak namun aktiviti yang rendah, olahraga sangat diperlukan untuk membakar kalori yang ada pada makanan yang mereka makan.
 
Hindari stress. Stress adalah suatu kejadian dimana kita mengalami tekanan yang sudah mencapai klimaks. Ini sangat berbahaya kerana pada saat stress orang-orang kadang mengalami kecenderungan untuk makan yang ekstrim misalnya terlalu banyak, terlalu sedikit atau bahkan tidak makan sama sekali. Hal ini akan sangat berbahaya kerana menyebabkan berat badan mengalami perubahan yang drastic. Untuk menghindari stress, jaga selalu fikiran anda untuk selalu relaks. Bercuti dapat menjadi salah satu cara yang tepat untuk menghindari stress. Semoga artikel tips menjaga berat badan agar tetap ideal ini dapat berguna bagi anda.

Inginkan tips lain untuk dapatkan berat badan ideal?? Tips untuk berat badan ideal

No comments:

Post a Comment