Friday, May 2, 2014

NYAHKAN SELULIT DARI BADAN ANDA



Selulit adalah bahagian kulit yang kelihatana seperti limau yang terdapat pada bahagian perut, paha dan punggung. Dalam buku Cellulite Solution, ada menyatakan bahawa diet merupakan salah satu penyelesaian memerangi selulit. Dengan mengawal pengambilan makanan, anda dapat melawan kelebihan cairan, timbunan lemak dan radikal bebas. Oleh sebab itu, cuba hindari makanan seperti berikut:

Makanan Yang Terlalu Banyak Kandungan Gula

Gula membuatkan serat-serat kolagen yang di bahagian arteri atau pembuluh darah mengeras. Akibatnya perjalanan darah ke bahagian tubuh menjadi lambat. Sebagai contoh, sekiranya anda mengambil 300 kkal gula, jumlah radikal bebas di dalam tubuh anda akan meningkat menjadi 140 peratus.

Lemak Tepu

Lemak tepu melipatgandakan jumlah radikal bebas. Contoh lemak tepu ialah daging, mentega dan susu penuh krim. Bagaimanapun tubuh kita hanya memerlukan 10 peratus lemak tepu sahaja.

Kafein

Kafein diperlukan dalam jumlah yang sedikit untuk melancarkan perjalanan dan metabolisma tubuh. Hadkan hanya satu cawan kopi atau teh setiap 3 jam dan jangan lebih daripada itu.

Karbohidrat

Terkandung dalam gula putih, nasi, pasta dan roti putih. Karbohidrat disaring membekalkan bekalan glukosa kepada tubuh. Tubuh berusaha menyeimbangkannya dengan melepaskan insulin yang membuatkan glukosa tersimpan sebagai lemak. Inilah yang menjadi penyebab berlakunya timbunan lemak. Ambillah makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks seperti roti gandum, bran based cereal atau wholemeal wheat free pasta.

Makana Yang Terlalu Banyak Mengandungi Garam

Jika anda makan makanan yang terlalu banyak garam, ia akan menyebabkan tubuh menghilangkan garam yang berlebihan dengan cara menahan cairan di dalam tubuh. Apabila keadaan ini berlaku, maka terjadilah selulit. Organisasi Kesihatan Dunia (World Health Organization/WHO) mencadangkan pengambilan garam dihadkan tidak lebih 5 gram sehari.

No comments:

Post a Comment