Saturday, May 24, 2014

NUTRISI PENTING KETIKA HAMIL

Seiring pertambahan usia kandungan, maka keperluan gizi ibu hamil akan meningkat, terutama setelah memasuki kehamilan trimester kedua. Sebab pada saat itu, pertumbuhan janin berlansung dengan pesat terutama perkembangan otak dan susunan saraf dan sebab itulah ibu-ibu mengandungperlu mengambil pemakanan yang kaya dengan zat secara berkala.



Nutrisi yang diperlukan adalah :

1) Karbohidrat dan lemak sebagai sumber zat tenaga untuk menghasilkan kalori boleh diperolehi dari biji-bijian dan ubi-ubian.

2) Protein sebagai sumber zat pembangun boleh diperoleh dari daging,ikan, telur dan kacang-kacangan.

3) Mineral sebagai zat pengatur boleh diperoleh daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.

4) Vitamin B Kompleks berguna untuk menjaga sistem saraf otot dan jantung agar berfungsi secara normal. Vitamin B kompleks boleh didapati dalam sereal, biji-bijian, kacang-kacangan, sayur-sayuran hijau, telur dan produk tenusu.

5) Vitamin D berguna untuk pertumbuhan dan pembentukan tulang bayi anda. Sumbernya terdapat pada minyak hati ikan, kuning telur dan susu.



6) Vitamin E berguna untuk pembentukan sel darah merah yang sihat. Makanlah biji-bijian terutama gandum, kekacang, minyak sayur-sayuran dan sayuran hijau.

7) Asid folik berguna untuk perkembangan sistem saraf dan sel darah, banyak terdapat dalam sayur-sayuran berwarna hijau gelap seperti bayam dan brokoli. Pada buah-buahan, asid folik terkandung dalam buah pisang,limau dan tomato. Keperluan asid folik dalam tempoh hamil adalah 800mcg sehari terutama pada 12 minggu pertama kehamilan. 
Kekurangan asid folik boleh mengganggu pembentukan otak sehingga boleh membawa cacat bawaan pada susunan saraf pusat mahupun otak janin.

8) Zat besi amat diperlukan oleh ibu hamil agar terhindar dari anemia. Ia banyak terdapat pada sayur-sayuran hijau seperti kangkung,bayam,pucuk betik serta daging dan hati.



9) Kalsium diperlukan untuk pertumbuhan tulang dan gigi janin serta melindungi ibu hamil dari osteoporosis. Jikakeperluan kalsium ibu hamil tidak mencukupi, maka kekurangan kalsium akan diambil dari tulang ibu. Sumber kalsium yang lain adalah sayuran hijau dan kacang-kacangan. Sumber kalsium paling baik diperoleh daripada susu serta produk olahannya. Susu juga mengandungi banyak vitamin seperti vitamin A, D, B2, B3 dan vitamin C.

Kepada ibu-ibu hamil yang bekerja, anda mungkin sibuk dan tidak berkesempatan untuk memikirkan sama ada kandungan anda mendapat nutrisi yang secukupnya. Anda boleh mengamalkan SET KEHAMILAN SHAKLEE yang boleh membekalkan nutrisi yang secukupnya untuk anda dalam kehidupan seharian.

No comments:

Post a Comment