Thursday, May 29, 2014

KUNCI KEKALKAN KULIT SIHAT

Apakah perkara pertama yang orang perasan tentang anda? Ya,  ia adalah wajah anda.  Walaupun lelaki,  kesihatan kulit adalah elemen yang paling penting  untuk wajah kelihatan menarik. Namun, sukar dan tidak ramai lelaki memiliki wajah bersih, sihat dan menarik. Bagaimana mahu memiliki dan mengekalkan kesihatan kulit wajah? Ianya amat mudah :

1) Pastikan Wajah Sentiasa Bersih

 Lelaki memiliki hampir 15 peratus kulit berminyak dan pori-pori yang besar berbanding wanita. Secara asasnya, kulit wajah akan mudah dilekati habuk-habuk kotor dan sangat penting bagi kita membersihkan kulit wajah setiap hari. Tidak kira apa jua jenis kulit anda, cucian yang mendalam
adalah sangat penting. Ini kerana ia akan membersihkan pori-pori tersumbat dan kotoran, menjadikan kulit lebih sihat dan kelihatan menarik.

2) Kekalkan Kesegaran

Lelaki lebih kerap berada di luar, persekitaran yang kotor dan tercemar adalah faktor penentu kesihatan kulit. Penyegar, membantu mengekalkan kulit bersih dan anjal. Kulit wajah yang semakin meningkat usianya, perlukan penjagaan berterusan untuk mengekalkan keanjalannya.

3) Lindungi Kulit Anda

Kulit yang sihat akan kelihatan lebih remaja. Terdapat beberapa langkah penjagaannya yang mudah untuk ia kekal sihat. Ingat! Kulit wajah adalah cerminan kepada keseluruhan kesihatan tubuh badan.

4) Elak Terdedah Pada Matahari

Sinaran matahari boleh menyebabkan hiperpigmentasi (bintik hitam) yang mana akan menyebabkan timbulnya masalah kulit lebih serius dan juga akan menambah dan membesarkan garis-garis penuaan.

5)  Rawat Wajah Anda

Untuk rawatan dan proses mengembalikan kesihatan kulit, ia bergantung pada jenis kulit anda. Setiap jenis kulit memerlukan produk berbeza. Rawatan berbeza akan memberikan hasil yang berbeza. Sangat penting untuk mengetahui apa keperluan kulit anda.

Semoga tips-tips ini akan membantu anda iaitu kaum LELAKI dalam menjaga kebersihan wajah anda..















No comments:

Post a Comment