Thursday, May 22, 2014

KESILAPAN BESAR WANITA MUDA

Tanpa disedari ramai wanita melakukan rutin harian yang sebenarnya mempunyai kesan buruk pada kesihatan tubuh. Walaupun kesan tersebut masih belum dirasai ketika tubuh masih muda namun lambat laun akibatnya akan muncul jua. Jom sama-sama kita ketahui beberapa kesilapan rutin yang sering dilakukan tapi harus dihindari bermula dari saat ini.


Kurang Minum Air Putih

Seharusnya anda sudah mengetahui kebaikan minum air putih di waktu ini tapi bagi yang tidak mengetahuinya, minum air putih 3 liter sehari mampu membantu tubuh mengeluarkan RACUN.
Proses yang berlaku setiap 4 hingga 6 jam sekali, ini akan membuang cairan sebanyak 200 hingga 400cc. Oleh itu tubuh memerlukan lagi air untuk meneruskan proses metabolisma tersebut. Sekiranya rajin meminum air putih, proses tersebut pasti tidak menjadi masalah.

Menahan Buang Air Kecil

Mungkin ramai antara kita yang sanggup menahan buang air kecil kerana tidak sanggup masuk ke tandas awam, namun selepas ini sebaiknya perkara ini jangan lagi ditunda.
Menahan buang air kecil boleh menyebabkan jangkitan saliran kencing dan mengganggu fungsi ginjal, lebih-lebih lagi salur kencing wanita lebih pendek berbanding lelaki.


Lupa Bersarapan

Sarapan sebenarnya akan membekalkan tubuh dengan kalori dan kadar gula yang mencukupi. Perkara ini membantu perjalanan darah ke otak supaya lancar dan kita mampu memberi tumpuan terhadap tugas yang dilakukan. Sarapan juga akan membantu anda tidak mengambil makanan berlebihan sepanjang hari.

Malas Menukar Tuala Wanita

Semasa kedatangan haid, cairan yang keluar akan menyebabkan kawasan vagina menjadi lembap dan pembuluh darah di dalam rahim dalam keadaan terbuka. Sementara itu dalam keadaan lembap itu juga kuman dan bakteria mudah untuk membiak. Oleh itu biasakan mengganti tuala wanita sekurang-kurangnya 4 jam sekali


Kerap Memakai Kasut Tinggi

Kasut yang bertumit tinggi memang membuatkan penampilan lebih anggun namun berhati-hati kerana ia juga mampu menyebabkan kaki mengalami masalah varises. Varises berlaku kerana peredaran darah di bahagian kaki tidak lancar hingga menyebabkan pelebaran pembuluh darah di kaki. 
Tanda varises paling jelas adalah timbulnya urat-urat hijau di kaki. Sekiranya anda memang perlu memakia kasut bertumit tinggi sebaiknya naik turunkan posisi telapak kaki satu jam sekali bagi melancarkan peredaran darah.

Malas Mencuci Tangan

Cuci tangan dengan sabun dan bilaslah dengan air bersih. Biasakan mencuci tangan selepas apa jua aktiviti. Ia adalah cara terbaik mencegah jangkitan kuman dan bakteria.

Semoga kaum wanita dekat luar sana cuba ubah kesilapan yang pernah dilakukan. Ini juga adalah peringatan untuk diri sendiri.. 

No comments:

Post a Comment