Wednesday, May 28, 2014

KEPENTINGAN MASKER UNTUK KULIT

Nak cantik kenalah banyak berbelanja, itulah pendapat sesetengah orang. Namun tak semua begitu. Biarpun produk kecantikan berlambak di pasaran sekarang. Namun tidak semua sesuai digunakan, malah ada yang memudaratkan sehingga menimbulkan implikasi pada kulit seseorang.

Terdapat pelbagai kegunaan masker seperti mengencangkan kulit, mengecilkan liang-liang roma, melembapkan dan sebagainya. Ramai kini yang sudah tahu akan manfaat dan kepentingan di sebalik bahan yang bernama masker.

Masker dan jenis kulit.


☆ Untuk kulit bermasalah dengan liang-liang roma besar terutama di zon T,  pilihlah masker jenis tanah liat. Selain membantu menyerap lebihan minyak pada daerah tersebut, masker ini juga dapat menutup liang-liang roma.

☆ Untuk semua jenis kulit pula, masker jenis  'peel off'  sangat baik bagi membersihkan kulit dari sebarang kekotoran. Sekali gus ia membantu membuang lapisan sel-sel kulit mati di wajah. Dengan cara dan pemakaian yang betul, proses pertukaran kulit menjadi lancar.

☆ Bagi membantu meningkatkan kelembapan  kulit sekaligus melancarkan peredaran darah serta proses pertumbuhan sel kulit yang baru. Masker dengan kandungan AHA (alpha hydroxyl acid) serta vitamin A dan E banyak digunakan. Bagi saya sendiri,  saya mengamalkan Vitamin E Complex keluaran Shaklee untuk jadikan masker dan melembapkan kulit.

☆ Untuk menyahkan kulit dari racun di dalam sel kulit, cubalah masker dengan kandungan dari dasar laut yang kaya dengan nutrisi.

☆Bagi yang mahu mengatasi masalah noda-noda hitam pada kulit wajah, pilihlah masker yang mengandungi vitamin C atau asid buah-buahan. Kandungan bahan ini mempunyai fungsi tersendiri iaitu melancarkan proses pertukaran sel kulit yang baru sehingga membantu menyamarkan noda-noda hitam sekaligus membuatkan kulit wajah lebih cerah.

Langkah Terbaik Memakai Masker

 ◇ Bersihkan kulit wajah dari sisa mekap terutama pada sekitar bahagian mata dengan memakai pembersih untuk mata.
 ◇ Setelah itu,  bersihkan kulit dengan susu/krim pembersih atau sabun pembersih wajah. Kemudian bilas wajah hingga bersih.
 ◇ Jika anda ingin menggunakan masker yang berfungsi untuk mengatasi masalah kulit kering, liang roma besar atau inginkan masker yang memberikan nutrisi pada kulit. Lakukan rawatan skrub wajah dengan menggunakan skrub yang sangat halus dan lembut. Setelah selesai, bilas dengan air. Jika anda menggunakan masker yang berfungsi membuang sel-sel kulit mati di wajah serta membuang kekotoran, abaikan langkah ini.










 

 



No comments:

Post a Comment