Thursday, May 22, 2014

KENALI MAKANAN PENYEBAB SAKIT JANTUNG



Menjaga kesihatan jantung menjadi salah satu hal yang tidak boleh diabaikan dalam kehidupan anda. Ini kerana, begitu fungsi jantung yang menjadi salah satu anggota tubuh anda tersebut. Meskipun penyakit jantung merupakan salah satu penyakit yang sulit terdeteksi keberadaannya. Namun, berbagai hal dapat kita lakukan untuk mengelak penyakit jatung tersebut. Salah satunya dengan menghindari pelbagai makanan yang menjadi penyebab penyakit jantung tersebut.

Berikut merupakan 6 makanan penyebab sakit jantung anda :

Makanan yang pertama ialah berbagai makanan diawet yang sering anda makan sehari-hari. Tidak ada salahnya mengambil aneka makanan diawet tersebut jika anda memakannya dalam jumlah yang wajar dan tidak berlebihan. Kerana jika berlebihan dapat berpotensi menyebabkan risiko penyakit jantung.


Telur menjadi salah satu makanan yang berpotensi menjadi penyebab penyakit jantung terutama kuning telur. Namun jangan jadikan alasan anda berhenti untuk memakan telur. Kerana makan telur dalam jumlah yang cukup tidak akan membahayakan jantung anda tersebut atau denngan kata lain jangan berlebih dalam mengambil telur tersebut. Ini kerana memakan telur dalam jumlah berlebihan dapat meningkatkan jumlah kolesterol yang dapat meningkatkan risiko penyakit jantung.

Makanan berikutnya yang berpotensi menyebabkan penyakit jantung tersebut ialah garam. Dalam hal ini pelbagai makanan masin yang mungkin kita ambil setiap harinya tanpa pernah kita sedari dapat menyebabkan penyakit jantung tersebut, seperti aneka makanan ringan dan sayuran yang terlalu masin.

Berbagai makanan yang mengandung lemak tepu juga dapat berpotensi menjadi salah satu penyebab sakit jantung tersebut jika di ambil secara berlebihan. Pelbagai makanan yang mengandungi lemak tepu antara lain daging merah, produk tenusu, kelapa dan minyak sawit. Aneka makanan tersebut dapat menyebabkan arteri pada organ jantung dapat mengeras dan tersumbat.


Makanan manis juga berpotensi menjadi salah satu penyebab penyakit jantung jika di ambil secara berlebihan. Ini kerana, makanan manis dapat menyebabkan penyakit diabetes yang mana merupakan faktor risiko penyakit pada organ jantung anda.

Berbagai makanan yang dipanggang mahupun makanan segera juga berpotensi menjadi penyebab serangan jantung jika diambil secara berlebihan. Ini kerana, makanan tersebut banyak mengandungi lemak yang tidak baik untuk organ jantung anda.

 Semoga dengan perkongsian kali ini dapat membantu anda mengelakkan risiko terkena seranga jantung.

No comments:

Post a Comment