Sunday, May 4, 2014

JERAWAT MAKIN TERUK DISEBABKAN SHAKLEE??

Jerawat semakin teruk setelah mengamalkan produk Shaklee?? Ini memang perkara normal yang akan berlaku ketika 'healing crisis'. Tapi ia juga menjadi perkara normal kepada anda diluar sana yang mengamalkan Set Cantik Shaklee tapi tidak mengikut rules yang harus anda semua patuhi.







Untuk entri kali ini, Diana ingin kongsi dengan anda semua sebab-sebab jerawat atau masalah kulit anda semakin teruk. Ini mungkin antara sebab atau kesalahan yang anda dekat luar sana lakukan :



i ) Kurang minum AIR MASAK





Kita semua tahu kan, untuk memastikan badan anda menyerap sepenuhnya suplemen yang anda amalkan anda WAJIB MINUM 3 LITER AIR MASAK dalam masa sehari,barulah segala macam suplemen yang anda amalkan akan larut dalam badan dan bertindak balas dengan baik. Kalau anda tidak boleh nak disiplinkan diri untuk minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari, ambil lah produk yang harga ribuan ringgit sekalipun, pasti takkan dapat nampak kesan yang positif pada kulit anda.



ii) Tidak istiqamah





Yang ini pun Diana rasa ramai kat luar sana lakukan. Amalkan set kecantikan tapi tidak istiqamah. Baru makan seminggu dah nak tengok hasilnya,lepas tu bila takde kesan pape dah nak stop ambil suplemen. Itu sebenarnya salah, anda sepatutnya terus amalkan dalam tempoh masa sebulan ataupun sekurang-kurangnya habiskan dulu sebotol atau pun set yang telah anda ambil itu. In shaa Allah anda akan berpuas hati sekiranya anda mengamalkannya secara istiqamah atau berterusan. Sebab bahan semulajadi seperti Shaklee mungkin akan mengambil masa yang lama untuk bertindak balas. Tindak balas akan berbeza antara individu kerana dalaman kita berbeza.



iii) Usus tidak bersih



Usus yang kotor juga mungkin menyebabkan jerawat tumbuh semakin banyak kerana suplemen bertindak untuk membuang segala kekotoran dan toksin yang ada dalam badan. Seeloknya sebelum anda mengamalkan set kecantikan, anda perlu detox dahulu. Bersihkan usus anda supaya suplemen dari Set Kecantikan dapat menyerap dengan baik. Anda boleh detox dengan HERBLAX dan DTX Complex dari Shaklee.



iv) Tidak pantang makan



Bagi kalian yang mempunyai masalah kulit sensitif atau berjerawat teruk, anda mesti harus berpantang dalam makanan yang anda ambil. Kalau makan ikut rasa mulut nak makan je, macam sia-sia je usaha anda nak cantikkan kulit.



Rasanya ini adalah kesalahan-kesalahan yang pernah kalian lakukan termasuklah diri saya sendiri suatu ketika dahulu. Seeloknya kita perbetulkan diri kita sendiri sebelum menyalahkan produk yang kita amalkan. Tak kisah la apa jenis produk sekalipun. Bila kita perbetulkan diri kita dan ikut apa yang disarankan, segalanya pasti akan berjalan lancar dan smooth je.. TAK PERCAYA?? Apa kata anda cuba dulu. Baru anda akan tahu hasilnya.. Believe me :)


No comments:

Post a Comment