Saturday, May 3, 2014

CARA MUDAH BAKAR KALORI

Keinginan tetap lansing atau nampak lebih ramping dari ukuran badan normal,kadang-kadang membuatkan wanita 'hilang akal'. Bermula dari melakukan diet ketat hingga pembedahan sedut lemak, semuanya sanggup dilakukan asalkan mendapat tubuh yang diidamkan.

Sebenarnya ada cara yang tidak 'menyusahkan' agar badan anda tetap lansing. Kuncinya adalah disiplin. Tanpa disiplin, semua usaha yang anda lakukan akan sia-sia belaka. Mahu tahu rahsia mudah membakar kalori?? Ikuti rahsianya :

1 . Mendengar muzik kesukaan ternyata 'mengenyangkan'. Menurut kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa mendengar muzik (aktiviti pada pusat deria rasa) sama halnya dengan menikmati makanan melalui mulut.

2. Jangan makan berlebihan ketika jamuan walaupun makanan yang dihidangkan lazat.

3. Minum teh hijau. Satu kajian yang telah dilakukan oleh University of Switzerland berjaya membuktikan bahawa minum teh hijau meningkatkan jumlah kalori yang dibakar oleh tubuh. Cubalah minum secawan teh hijau setiap hari.



4. Beri tumpuan pada apa yang anda makan. Jangan makan sambil menonton televisyen, membaca, belajar atau menjawab emel.

5. Cubalah menghabiskan 20 minit setiap hari untuk berjalan keluar dari rumah atau pejabat atau minimum berdiri di tepi jendela. Sinar matahari membantu mengendalikan nafsu makan.

6. Ketika membeli-belah, pesanlah makanan dengan bersaiz untuk kanak-kanak atau salad tanpa hidangan utama. Jangan lupa yogurt sebagai teman makan anda.

7. Gosoklah gigi dan lidah dengan ubat gigi terbaik yang pernah anda rasakan. Gunakan ubat kumur selepas menggosok gigi. Biasanya keinginan untuk mengambil kudapan akan hilang selepas menggosok gigi.

8. Pastikan jumlah makanan yang ada di hadapan anda. Ini bukan bererti anda harus menghabiskan semua hidangan di dalam piring anda. Jika anda berasa sudah kenyang, berhenti makan. Cubalah makan dengan piring yang lebih kecil. Lambat laun anda dapat menurunkan kalori dalam jangka panjang.

9. Elakkan makan ketika berada di tempat tidur atau ketika menonton televisyen. Makanan seharusnya diletakkan di dalam almari di sudut dapur.

10. Jangan terlalu memaksa diri sendiri. Memiliki tubuh idaman memang dambaan setiap orang, tapi memerlukan kesabaran.

Nak tahu lagi cara bakar kalori?? Jom try klik link ni Cara mudah bakar kalori....

Semoga entri saya kali ini dapat membantu anda. Selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment