Thursday, May 29, 2014

BARAH USUS PEMBUNUH SENYAP

Dianggarkan seorang daripada 33 rakyat Malaysia berisiko menghidap kanser usus. Lebih membimbangkan jumlah pesakit meningkat setiap tahun dan kebanyakan kes, pesakit hanya dujesan menghidap tahap tiga dan empat.

Ada yang memanggilnya kanser kolon, kanser usus dan kanser rektum. Tidak kira apa juga gelarannya, ia kanser yang sama.

Bagaimana kanser itu terjadi?

 ◇ Keluar darah melalui dubur bergantung kepada di mana usus itu berada. Jika kanser terjadi di bahagian berdekatan dubur, darah yang keluar berwarna merah terang dan cair.

 ◇ Perubahan tabiat buang air besar. Kadangkala pesakit mengalami cirit-birit diselang -seli dengan keadaan normal dan juga sembelit. Pesakit juga kadangkala tidak puas buang air besar.
 ◇ Sakit perut lebih kepada bahagian kiri abdomen.
 ◇ Berat badan berkurangan tanpa sebab.
 ◇ Muka pucat, kurang darah (anemia), letih dan tidak bermaya.
 ◇ Kurang 10 peratus pesakit mengalami penyumbatan usus.

Mengurangkan Risiko Kanser Usus

◆ Amalkan hidup sihat iaitu pengambilan makanan berkhasiat dengan melebihkan pengambilan sayuran dan buah-buahan.
 ◆ Kurangkan makanan mengandungi lemak haiwan seperti kambing dan lembu.
 ◆ Kekalkan berat badan seimbang.
 ◆ Selalu bersenam.
 ◆ Tidak merokok.
 ◆ Tidak mengambil minuman keras.

Bolehkah kanser usus dicegah?

 Walaupun faktor risiko utama kanser kolon ialah genanda, beberapa bukti menunjukkan ia boleh dicegah.

Antaranya anda boleh menambah pengambilan makanan berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, mengamalkan diet kalori rendah,  berhenti merokok dan selalu bersenam terbukti dapat mencegah kemungkinan mendapat kanser.




































No comments:

Post a Comment