Thursday, April 10, 2014

TINGKATKAN IMUNISASI SERTA CANTIK DENGAN VITAMIN E SHAKLEE

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Untuk entri kali ini Diana ingin share dengan anda semua tentang VITAMIN E SHAKLEE. Saya masih ingat masa zaman belajar subjek Sains sekolah rendah dulu,vitamin E boleh mengelakkan mandul kerana vitamin E adalah elok untuk kesuburan.

Tapi bila Diana berbisnes Shaklee sekarang ini barulah Diana tahu fungsi sepenuhnya vitamin E. Kepada individu yang sangat mementigkan kecantikan,vitamin E memang bukan perkara baru bagi mereka. Ini kerana Vitamin E dapat membantu anda lebih awet muda dan cantik.

Vitamin E merupakan sejenis antioksidan yang boleh larut dalam lemak di mana ia menyokong kesihatan jantung, otak dan prostat di samping meningkatkan fungsi peparu, kolon dan fungsi imun. Satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik di Universiti Tufts menunjukkan bahawa pengambilan Vitamin E berupaya meningkatkan fungsi imun pada warga tua.

Satu kapsul gel lembut Vitamin E Shaklee membekalkan :

* 400IU sumber asli vitamin E
* 65 mcg selenium sebagai pelengkap aktiviti vitamin E
* 39.4 mg Ekstraks Biji Anggur (Vitis vinifera)

MANFAAT UTAMA VITAMIN E

* Melindungi jantung
Pengambilan harian 800IU vitamin E untuk jantung yang sihat,melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan koleterol HDL, menghalang platelet darah melekat ke dinding arteri serta menghalang anemia.

* Mempertingkatkan kemampuan reproduktif
Kajian pada 1924, mendapati vitamin E mampu memulihkan reproduktif orang lelaki. Ini kerana Vitamin E mampu meningkatkan kiraan sperma orang lelaki.

* Anti-penuaan
1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, jerawat dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.

* Anti-oksidan yang kuat
Pengambilan lebih dari 1,200IU sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser , mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor serta mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas.

* Memperbaiki parut
Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.

* Memperbaiki arthritis
Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos, sakit sendi.

Banyak sangat manfaat yang Vitamin E ada kan. Memang tak rugi kalau kita semua amalkan dalam kehidupan seharian kita. Kalau anda semua nak tahu, Vitamin E Shaklee ini juga boleh dibuat masker. Caranya sangat mudah, ambil sebiji vitamin E, rendam ke dalam air. Kemudian cucuk dengan jarum atau benda tajam untuk ambil minyak di dalamnya dan sapu kat muka. Biarkan selama setengah jam kemudian anda boleh cuci muka anda, hasilnya kulit muka anda akan jadi lembap dan mengurangkan parut di muka anda.

Anda berminat nak cuba Vitamin E Shaklee. Sangat-sangat jimat sebab sebotol boleh digunakan selama 4 bulan. Memang berbaloi-baloi.

SMS/WHATSAPP/CALL
017-9051711
NORDIANA OMAR

No comments:

Post a Comment