Sunday, April 20, 2014

HILANGKAN KESAN 'BERURAT' PADA KAKI



Tidak dapat dinafikan bahawa setiap wanita inginkan kaki yang mulus, langsing dan cantik. Tetapi tidak semua wanita berpeluang memiliki kaki yang cantik seperti itu. Masalah urat-urat yang timbul pada kaki adalah situasi yang menakutkan kerana situasi ini mengganggu penampilan mereka terutama kepada mereka yang gemar berfesyen.

Masalah kaki berurat ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti peningkatan usia, sejarah ahli keluarga, kurangnya pergerakan selain jarang bersenam dan diet kurang serat. Diet kurang serat misalnya akan menyebabkan anda mengalami sukar untuk membuang air besar. Apabila anda sukar membuang air besar, keadaan ini akan menyebabkan tekanan pada vena rektalis (pada bahagian kaki).

Keadaan inilah yang menyebabkan urat-urat di bahagian kaki timbul. maka sebab itulah pergerakan amat penting bagi melancarkan peredaran darah selain menguatkan otot kaki. Berikut beberapa tips yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah ini :

* Bersenam
Selalu gerakkan kaki anda. Senaman seperti berjalan cepat dan joging merupakan cara yang berkesan untuk meningkatkan peredaran darah di bahagian kaki. Tetapi perhatikan kawasan juga pijakan kaki anda. Pilihlah kawasan yang sesuai seperti di atas tanah yang rata atau rumput .

* Kawal Berat Badan
Penambahan berat badan beberapa kilogram mungkin bukanlah penyebab utama masalah ini tetapi jika berat anda mencapai 20 peratus dari berat ideal, peluang anda untuk mengalami masalah ini semakin tinggi.

* Banyakkan Makan Makanan Berserat
Ini bagi memudahkan pembuangan air besar.

* Angkat Kaki
Angkat kaki anda tiga hingga empat kali selama 10 hingga 15 minit setiap hari untuk meningkatkan perjalanan darah. Ketika tidur, letakkan kaki anda di atas bantal.

*Jangan Berdiri atau Duduk Terlalu Lama
Setelah duduk beberapa lama, biasakan untuk mengubah posisi duduk atau berdiri anda untuk meransang pengaliran darah atau gerak-gerakkan jari kaki anda.

* Jangan Duduk Dengan Kaki Yang Disilangkan.
Posisi ini akan memburukkan lagi proses peredaran darah kaki anda.

No comments:

Post a Comment