Saturday, April 5, 2014

BAYI G6PD DAN SHAKLEE

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Untuk entri kali ini Diana ingin share dengan you all tentang G6PD. Mungkin bagi yang masih bujang macam saya dan tak pernah ada anak sendiri tidak tahu apa itu G6PD. So, kali ini saya ingin berkongsi dengan you all apa yang saya tahu pasal G6PD melalui pembacaan saya sendiri setelah saya berkecimpung dengan bisnes Shaklee ini.



APA ITU G6PD DEFICIENCY?

G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase yang terdapat di dalam sel darah merah. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan.
Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubat-ubatan tertentu ataupun melalui makanan.

Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang melibatkan kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan, tetapi lebih sering dialami oleh bayi lelaki. Para ibu bapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak berbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah. Dari segi yang lain, G6PD boleh menjadikan penghidap, lebih kuat melawan penyakit Malaria.

BAGAIMANA G6PD DIWARISI?

G6PD berlaku akibat mutasi (perubahan) terhadap gen yang terdapat pada kromosom X, iaitu salah satu kromosom yang menentukan jantina seseorang individu. Kromosom X secara tunggal dapat diketemukan dalam sel-sel gamet seperti ovum atau sebilangan nukleus yang terdapat dalam sperma. Oleh itu, kebanyakan pengidap kekurangan G6PD adalah lelaki yang mempunyai padanan kromosom XY, manakala wanita yang mempunyai padanan kromosom XX kebanyakannya adalah sebagai pembawa yang sihat sahaja. Untuk seorang wanita yang mengidap kekurangan G6PD, kedua-dua kromosom X nya perlu mengalami mutasi dimana keadaan seperti ini amat jarang berlaku.

APAKAH TINDAKAN YANG PERLU DILAKUKAN?

Sebagai ibu bapa kepada anak yg menghidapi masalah kekurangan enzim G6PD ini, anda haruslah peka dan sentiasa memantau setiap ubatan ataupun makanan yg anak anda ambil. Elakkan anak anda daripada mengambil sebarang ubatan atau makanan yg boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah dengan lebih awal. Elakkan dari mengambil atau memberikan anak sebarang jamu, ubatan tradisional atau ubat-ubat senseh.

Dari segi makanan pula, seharusnya dielakkan daripada makanan-makanan seperti kacang parang(fava bean), makanan yang mengandungi pewarna tiruan methylene dan toluidine blue, kacang soya atau produk soya, semua jenis kacang atau produk kacang dan makanan berperisa menthol. Sebaiknya juga dielakkan daripada mengambil alfalfa kerana alfalfa tinggi kandungan Vitamin K.

Juga jauhkan anak anda dari ubat nyamuk, ubat gegat (paling pantang) dan nila.

TANDA-TANDA APABILA ANAK TERSALAH MAKAN ATAU AMBIL UBAT?

  1. Boleh menyebabkan sel darah merah musnah dengan cepat.
  2. Bayi akan mendapat kuning (Jaundice).
  3. Air kencing berdarah atau berwama teh pekat.
  4. Letih lesu dan tidak bermaya
  5. Demam dan pucat.

Apakah ubat-ubatan yang patut dielakkan bagi pesakit kekurangan enzim G6PD?

Anti-malarial : Primaquine dan pamaquine( Chloroquine di bawah pengawasan mungkin digunakan apabila antimalaria diperlukan untuk pencegahan atau rawatan malaria )

Sulfonamides  : Sulfacetamide, Sulfanilamide, Sulfamethoxazole (e.g. Septra, Bactrim),Sulfasalazine.

Anti-bacterials : Nitrofurantoin, Nalidixic Acid, Dapsone, Mafenide Cream (Sulfamylon).

Analgesics : Phenacetin, Acetanilid, Phenazopyridine (Pyridium).

Antihelmintics : ß-Naphthol, Stibophen dan Niridazole.

Miscellaneous
Vitamin K analogues (1mg phytonadione boleh diberikan kepada bayi)
Probenecid
Dimercaprol (BAL)
Flutamide (Eulexin)
Methylene Blue
Tolouidine Blue
Napthalene ( ubat gegat )


Apakah ubat-ubatan yang boleh digunakan oleh pesakit kekurangan enzim G6PD?

1)Kesemua ubat yang “contraindicated” di dalam kes G6PD

2)Mungkin tidak boleh digunakan di dalam kes Kelas 1 G6PD.

Mengikut klasifikasi WHO, G6PD dibahagikan kepada 5 kelas. Kelas 1-3 merupakan keadaan kekurangan enzim.

Kelas 1 : Kekurangan enzim yang teruk (iaitu kurang daripada 10% aktiviti) dengan kronik hemolitik anemia.

Kelas 2 : Kekurangan enzim yang teruk ( iaitu kurang daripada 10% aktiviti) dengan  kadang-kadang berlakunya hemolisis.

Kelas 3: Kekurangan enzim yang sedikit ( dengan 10-60 % aktiviti ), hemolisis hanya berlaku apabila wujudnya keadaan stres iaitu ketika jangkitan, ubat-ubatan tertentu dan pengambilan kacang parang.

Kelas 4: Varian tanpa kekurangan enzim, dengan tiadanya symptom atau tanda.

Kelas 5: Aktiviti enzim meningkat dengan tiadanya symptom atau tanda.


Cadangan Set menyusu untuk ibu menyusukan bayi G6PD.

Susu yang sesuai untuk bayi G6PD adalah SUSU IBU. Oleh kerana G6PD Deficiency tidak dibenarkan mengambil makanan berasaskan HERBA DAN SOYA maka Set penyusuan yang sesuai adalah :


SET PENYUSUAN EU FOUR PACK
Vita lea
B complex
Vitamin C
Ostematrix

Semoga entri Diana kali ini membantu you all mengetahui serba sedikit tentang G6PD serta dapat menolong anda yang mengalami situasi seperti ini nanti.

BERMINAT UNTUK MENCUBA SET SHAKLEE DAN TAHU TENTANG SUPLEMEN SHAKLEE YANG LAIN?BOLEH HUBUNGI DIANA UNTUK SEBARANG PERTANYAAN.
SMS/CALL/WASSUP
017-9051711
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

No comments:

Post a Comment