Thursday, March 20, 2014

SUPLEMEN SARANAN UNTUK PESAKIT THALASEMIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semuanya? Semoga sihat walafiat di samping keluarga tercinta. Hari ini Diana berminat untuk berkongsi ilmu mengenai penyakit Thalasemia dan impaknya kepada kehidupan manusia.

Apakah itu Thalasemia?

Thalasemia ialah satu penyakit genetik atau keturunan yang berpunca dari masalah kekurangan sel darah merah yang berkualiti. Hemoglobin ialah komponen darah merah yang membawa Oksigen (oxygen-carrying component of red blodd cells). Ianya mengandungi dua jenis protin yang berbeza iaitu Alpha dan Beta. Ketidakseimbangan mana-mana protin ini menyebabkan sel darah merah tidak terbentuk dengan sempurna justeru tidak dapat membawa Oksigen yang sepatutnya kepada tubuh.
Penghidap biasanya dikategorikan kepada 2 kategori Thalasemia iaitu Alpha Thalasemia atau Beta Thalasemia. Namun, kedua-duanya mempunyai jenis peringkat yang berbeza sama ada ianya serius ataupun tidak. Serius di sini bermaksud, Thalasemia yang dihidapi boleh mengakibatkan kematian bayi sebelum lahir ataupun sebaik sahaja dilahirkan. Namun, tidak kurang juga yang hanya mengalami Anemia biasa sepanjang hayatnya bergantung kepada peringkat Thalasemia yang dihidapi. 
Bagaimanakah Thalasemia diubati?

Sebenarnya, Thalasemia tidak mempunyai sebarang rawatan khusus. Penghidap Thalasemia juga tidak menunjukkan simptom-simptom tertentu yang boleh dikesan. Berbeza dengan Anemia, penghidap Thalasemia tidak dibenarkan mengambil zat besi (iron) kerana ianya akan menyebabkan pengumpulan zat besi (iron) yang berlebihan di dalam tubuh dan boleh mengakibatkan kematian disebabkan sakit jantung. Oleh itu, adalah lebih selamat untuk kita menjalani ujian saringan Thalasemia dari awal bagi mengelakkan penyakit-penyakit lain bertandang hanya akibat daripada 'salah ubat'. 
Apakah Suplemen yang Sesuai?

Senarai-senarai sumber suplemen di bawah adalah sesuai diambil bagi penghidap Thalasemia bagi membantu dalam meningkatkan daya tahan tubuh melawan penyakit.

  • Vitamin E diperlukan sebagai anti-oksidan yang tinggi serta bagi mencairkan darah. Tetapi, jika penghidap mengambil ubat seperti Warfarin atau Coumadin anda dinasihatkan memberitahu doktor pakar anda supaya dos yang diambil itu dikurangkan.
  • B-Complex yang mengandungi rangkaian vitamin B mampu mengurangkan tekanan dan stres. Ianya juga membantu tubuh melawan daya penyakit.
  • Ostematrix yang mengandungi bersama Magenesium dan Vitamin D membantu dalam pengawalan denyutan jantung supaya seimbang.
  • Zinc baik untuk penghidap Thalasemia Minor kerana ianya membantu dalam meningkatkan sistem imun tubuh penghidap serta mengurangkan risiko high-density lipoproteins .
  • Energizing Soy Protein (ESP) disarankan kerana protein membantu di dalam pembinaan sel-sel baru dalam tubuh badan, termasuklah sel-sel darah merah. ESP juga membantu meningkatkan tenaga.





Melalui saranan-saranan dan info-info di atas yang diperolehi daripada hasil bacaan, apa yang menarik perhatian Diana ialah mineral-mineral dari bahan organik adalah sangat disyorkan! Oleh itu, Diana senaraikan produk Shaklee yang bersesuaian dengan jumlah kandungan yang disarankan seperti yang tertera. Untuk keterangan lebih lanjut, sila dapatkan lebih info melalui doktor pakar anda untuk memastikan tahap keberkesanan sumber mineral tersebut terhadap Thalasemia.

SMS/WHATSAPP 017-9051711
SHAKLEE ID 1067854
NORDIANA OMAR

No comments:

Post a Comment