Tuesday, February 11, 2014

TIPS TIDUR YANG NYENYAK

Cara untuk tidur dengan sempurna + nyenyak + lena lahh senang saja jika kita tahu apa yang perlu kita lakukan . So antara cara-caranya ialah :

Elakkan Pengambilan Kafein


Sudah tidakk asing lagi bagi kita untuk lari dari "kafein" kan . Tapi ada had nya jugak . Kurangkan pengambilan kafein terutamanya selepas waktu tengah hari . Bukan ape bagi mengelakkan kesukaran untuk tidur . Contohnya kopi , teh , nesface , coklat , makanan ringgan dan banyak lagi .

Elakkan Dari Bau Badan Yang Tidak Menyenangkan Serta Peluh 


Oh tidakk !! Boleh dikatakan yang ni ramai tak suka terutamanya bagi wanita lahh kan sebab nya faktor bau badan boleh menjejaskan tidur kita jugakk . Make sure sebelum tidur tu badan mestilah segar , wangi dan paling penting tak berpeluh . Macam mana nak tidur dalam keadaan berpeluh .

Tidakk sama sekali , anda tak mungkin dapat tidur dalam keadaan sebegitu kan ! Lagi satu elakkan bersenam selepas jam 6 pada cuaca yang agak panas kerana ini akan menaikkan suhu badan anda .

Elakkan Cahaya Terang Pada Waktu Malam


Kalau dahh terang benderang macam mana nak tidur ? Kalau semua nak CERAH , sape nak GELAP ? Takk begitu ? Hahah bergurau pulak kan . Tak semua orang boleh tidur dalam keadaan yang bercahaya kan . Tapi sepatutnya kita kenalahh tidur dalam keadaan yang tidak bercahaya sebab akan memudahkan proses tidur kita dengan sempurna . Cahaya terang bolehh menganggu pengeluaran hormon melatonin .

Keadaan Bilik Tidur Yang Kondusif


Takk suruh pun hias bilik macam bilik anak raja tapi cukuplah sekadar suasana yang bagus , nyaman serta kondusif . Pastikan jugak bilik tidur sejuk serta tidakk dimasuki cahaya terang yang berlebihan . Kalau takk memang susah lahh nak tidur . Selain itu , elakkan dari bunyi-bunyi yang boleh menggangu ketenteraman tidur anda .

Tetapkan Tidur Secara Sistematik


Tidur secara sistematik yang dimaksudkan adalah tidur awal . Setiap manusia memerlukan antara 7 hingga 8 jam tidur untuk semalaman . Tidur yang cukup jugak dapat menjaga kesihatan anda disamping menjaga kecantikan kulit serta wajah . Contohnya jam 11.00 malam , adalah waktu yang agak bagus untuk tidur .

Bacalah sedikit ayat Al-Quran seperti 3 Qul dan tidak lupa juga doa tidur . Ini bagi memudahkan kita untuk tidur . Amalkan tidur pada waktu yang sama pada setiap hari .

Tidur yang sempurna akan mencergaskan kita di pagi hari kemudian dan tidak akan kelihatan letih serta tidak bermaya .Harap tips diatas boleh membantu anda .



No comments:

Post a Comment