Friday, February 7, 2014

KRISIS PEMULIHAN

Sesetengah orang akan melalui suatu jangkamasa penyesuaian apabila mengambil suplemen dietary. Simptom-simptom ini kelihatan seperti penyakit, tetapi sebenarnya tidak. Ianya tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekuranga khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan mengejut oleh supplemen, krisi pemulihan terjadi.

Sewaktu jangkamasa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah dilalui tubuh dahulu akan timbul kembali.Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari, walaubagaimanapun, tubuh yang lemah akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.

Keadaan ini disebabkan oleh imbun didalam tubuh kita untuk jangkamasa yang lama -sisa-sisa, makanan berkimia, lemak dan stress ditambah dengan diet yang tidak seimbang, kurang tidur, antibiottbat-ubatan. Suplemen dietary membantu mempertingkatkan sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita.

Pada waktu detoksifikasi ini, ada kemungkinan pening,kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman (perut kembung,lapar), cirit-birit, kahak berlebihan, kencing yang keruh, berasa hangat,berpeluh dan lain-lain. Simptom-simptom ini berbeza antara individu dan akan berlalu 1 hingga 2 minggu.

Di waktu jangkamasa krisis pemulihan ini, minumlah banyak air bersih, rehat secukupnya dan makanlah lebih sayuran dan buahan. Selagi mana kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini.

No comments:

Post a Comment