Friday, February 7, 2014

KETAHUI 6 WAKTU TERBAIK UNTUK BERSENAM

Pagi, petang, siang atau malam? Bagi anda,waktu bersenam bergantung kepada masa yang terluang. Asalkan ia membantu membakar kalori dan menjaga kesihatan fizikal dan mental, ia sudah memadai. Tahukah anda bersenam juga ada masanya.



6 Waktu Terbaik

Menurut Jessica Matthews, ahli fisiologi senaman di American Council on Exercise, waktu terbaik untuk bersenam adalah ketika anda boleh melakukan senaman secara konsisten.

Antara waktu yang tepat untuk anda bersenam ialah:

1.Waktu Pagi

Dalam kajian yang dilakukan di Mollen Clinic, Arizona,Amerika Syarikat, 75% senaman pada waktu pagi akan membuatkan seseorang itu bekerja dengan lebih bertenaga berbanding 25% yang bersenam pada waktu petang.
Jenn Burke,Fitness Manager di Crunch Gyms,Los Angeles,AS menyarankan supaya menambahkan snek tinggi protein selepas anda bangun tidur.

2. Ketika Selesema

Sebuah penelitian yang dilakukan oleh Thomas G. Weidner dari Ball State University,  AS mendapati bahan kimia semulajadi yang ada dalam badan akan dilepaskan oleh badan semasa bersenam sehingga dapat membantu mengurangkan gejala selesema. Namun,elakkan daripada bersenam terlalu lama dan sebaiknya dilakukan di dalam rumah untukmengelakkan virus menular kepada orang lain. Anda juga boleh melakukan yoga atau berjalan atas treadmill selama 20 minit.

3. Ketika Haid

Biasanya, wanita ketika haid lebih selesa memilih untuk mengurangkan aktiviti termasuklah mengurangkan jadual senaman. Menurut Stacy Sims, ahli fisiologi dari Stanford Prevention Research Center, waktu haid adalah waktu terbaik untuk meningkatkan intensiti senaman. Ini kerana perubahan hormon semasa haid dapat membuatkan seseorang itu berasa lebih kuat dan membantu menghilangkan rasa sakit dengan cepat.

4. Waktu Petang

Hasil penelitian mengatakan salah satu waktu yang sesuai untuk bersenam ialah ketika matahari hampir terbenam atau waktu petang antara jam 4-5 petang.
Pada waktu ini, suhu badan berada pada tahap tertinggi dan anda akan dapat membuat latihan dengan maksimum, otot lebih fleksibel dan senaman menjadi mudah.


5. Waktu Rehat di Tempat Kerja

Selain menghilangkan stress dan meningkatkan mood, senaman pada waktu rehat di pejabat boleh memberi manfaat positif seperti meningkatkan ketajaman mental dan produktif.
Menurut Jessica Matthews, berjalan cepatselama 5-10 minit di kawasan pejabat boleh menjadi alternatif terbaik untuk anda yang tidak cukup masa bersenam di gimnasium.

6. Ketika Penat

Menurut Jenn Burke, melakukan senaman selepas penat dengan aktiviti seharian dapat membantu membangkitkan tenaga. Anda boleh lakukan senaman selama 20 minit seperti berjoging di kawasan rumah atau cardio dance di dalam rumah. Ini juga bagus untuk anda mendapatkan kualiti tidur yang baik.

No comments:

Post a Comment