Wednesday, February 5, 2014

Air Putih Untuk Diet?

Kurangkan kuantiti makanan?Sudah. Bersenam?Pun sudah
Tetapi kenapa lambat sangat berat badan ini berkurangan.
Oh ya, air putih! Menurut pengalaman, ramai yang cakap air putih adalah perkara pertama yang perlu diamalkan. Jika tidak segala usaha akan jadi sia-sia. Air putih perlu dijadikan BFF, barulah misi memiliki bentuk badan impian akan jadi kenyataan.



Antara yang bersetuju dengan kenyataan di atas.

AKUI BOLEH MEMBANTU (Feqdiatul)
" Sethau saya tubuh manusia mengandungi 70% air jadi sudah tentu pengambilan air putih dapat membantu menurunkan berat badan. Air yang diminum itu membantu ginjal memproses pembuangan urin. Jujurnya saya sendiri tidaklah terlalu suka minum air putih tapi akui ia boleh membantu. Air putih tidak hanya bagus untuk kesihatan malah kecantikan"

USAHA TIDAK KE MANA (Nissa)
" Tepat dan setuju sekali. Bagi menurunkan berat badan, pengambilan makana yang seimbang perlu disertai dengan amalan meminum air putih yang banyak. Jika tidak impian mungkin tinggal impian dan usaha yang dimulakan tidak akan kemana-mana. Setiap individu memerlukan 50% air putih untuk kekal sihat dan lansing sekali gus memiliki bentuk badan ideal."

TAMBAH LEMON DALAM AIR PUTIH ( Dayang Shuhadah)
" Saya setuju dengan kenyataan di atas. Kalau kita minum sekurang-kurangnya 3 liter air putih sehari pun ia sudah dapat membantu menurunkan berat badan. Toksin yang terdapat di dalam badan akan dikeluarkan melalui pembuangan air kecil. Walau pun bukan untuk tujuan diet ,saya setuju ia dijadikan rutin harian. Saya sendiri gemar meminum air putih yang dimasukkan lemon bagi mendapatkan aroma sitrus."

Sumber : Majalah RAPI

No comments:

Post a Comment